Hari demi hari bertukar ganti. Perkenalan yang baru menjangkau 12 hari telah mewujudkan bibit-bibit kasih sayang yang belum ada penghujungnya. Namun kata orang, penantian itu merupakan satu seksaan yang sangat memedihkan hati. Jauh dalam lubuk hati bertanya.. adakah pertanyaan yang dilemparkan menerusi pesanan ringkas petang tadi menyebabkan segala perancangan berubah sekelip mata?...
Adakah si Dia tidak menyukai dengan pesanan ringkas yang telah aku hantar petang tadi? atau diri ini sengaja memikirkan perkara bukan-bukan yang masih belum ada kepastian lagi dari isi hati si Dia.
Ternyata balasan pesanan ringkas dari Mu telah menenggelamkan harapan yang terbuku di hati ini. Ternyata sukar untuk diterima.. "Saya takut menyakiti hati MU" itulah ayat jawapan yang engkau hantar. Engkau berterus terang kepada ku... namun diri ini juga yang ego untuk sukar menerima kenyataan. Oh Tuhan.. berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini.
Namun jauh dilubuk hati, Aku rela mengundurkan diri untuk melihat Engkau bahagia bersamaNya.. Aku rela menjarakkan diri ini dari MU.. agar Engkau mempunyai masa yang banyak bersamaNya. Biarkanlah hati ini menangis sendirian menahan kepedihan. Gelak tawamu memang sukar untuk dilupakan.. Tapi apakan daya.. pilihanMu telah engkau putuskan dari awal lagi..
Aku cuba tidak untuk melihat profileMU di ruangan maya.. sebolehnya namamu tidak muncul dalam ruangan ini.. aku cuba untuk menekan butang Unfriend di wall Page engkau.. namun jari ini sangat susah untuk menekan butang tetikus.. mengapakah sangat sukar untuk melupakanMU?
No comments :
Post a Comment