Thursday, 3 January 2013

Apa Yang Dirisaukan Selama Ini Akhirnya Berlaku Juga.

Akhirnya kata lafaz dari mulutmu telah menentukan perjalanan hala tuju hidup ini. Walaupun pahit untuk diterima, Aku sangat berterima kasih diatas peluang yang telah engkau berikan. Terima kasih diatas ruang sementara yang engkau berikan. Terima kasih kerana membenarkan hati ini singgah di hati Mu. Aku sudah pasti akan meneruskan liku-liku kehidupan yang engkau tinggalkan untuk aku lalui sendiri. Jangan risau dan bimbang tentang keadaan diri ini. Biarlah kenangan bersamamu akan ku simpan selamanya.. Hanya satu ku pinta, maafkan diri ini sekiranya telah membuatkan diriMu mengalami kesusahan hidup..

Awalnya engkau menjanjikan sinar harapan dalam hidup ini. TawaMu dan layananMu membuatkan hati ini benar-benar lemas. Harapan demi harapan yang engkau berikan menyebabkan aku sangat gembira. Sehinggakan orang di sekeliling aku juga perasaan dengan sikap yang berlaku dalam diriKu. Perkenalan denganMu membuatkan seluruh hidupku berubah sama sekali. Kalau boleh, setiap masa dan detik Aku ingin sentiasa berada disisiMu. Hanya hati ini sahaja yang tahu tentang perasaan yang sangat mendalam terhadapMu.

 Akan ku doakan kebahagiaan Mu..


No comments :

Post a Comment