Tanggal 5.1.2013 waktu 5.30am, keadaan di luar rumah masih lagi gelap. Aku menjenguk ke luar tingkap sambil menghirup udara nyaman sejuk setelah hampir semalaman gerimis tidak berhenti-henti membasahi muka bumi. Teringat kembali liku-liku kehidupan sepanjang hari kelmarin.. suka duka kehidupan yang membuatkan diri ini terasa sangat kecil di mata orang yang ditemui sekian hari.. Selamat Hari Jadi "Happy Birthday To You".. walaupun engkau tidak mencapai ucapan luahan hati ini.. namun Aku bersyukur setiap tahun aku tidak akan melupakan tarikh ulang tahun kelahiranmu.. Semoga engkau berbahagia di hari lahirmu ini dengan warna warni kehidupan yang menggembirakan.. Aku terlalu sayang untuk menidakkan hati ini merinduimu..
"Tuhan, terima kasih diatas pemberian yang telah engkau berikan kepada kami. Terima kasih diatas Cinta KasihMu yang tidak terbatas nilainya. Sesungguhnya Aku hanya insan yang lemah dan yang mudah digoda oleh kuasa duniawi, berikanlah Aku kekuatan dan keyakinan agar aku dapat menempuhi sisa-sisa kehidupan ini dengan lebih bermakna. Tunjukkanlah jalan menurut kehendakmu agar Aku dapat berjalan bersama dengan insan yang Aku sayangi. Terima Kasih yah Tuhan kerana memberikan Aku peluang menikmati keindahan sinaran mentari pagi pada Hari Ini. Ya.. mungkin esok atau lusa.. Aku tidak tahu samada peluang sebegini akan dapat dinikmati lagi.. Terima Kasih ya Tuhan.."
No comments :
Post a Comment